Monitor rujukan penyiaran Monitor video

Monitor rujukan penyiaran harus digunakan untuk memastikan kepatuhan video dalam kemudahan penyiaran televisyen atau penerbitan, kerana monitor ini tidak melakukan apa-apa peningkatan mutu video, sebaliknya mencuba sedaya upaya untuk menghasilkan imej dengan setepatnya.[1][2][3]

Untuk tujuan kawalan mutu, monitor penyiaran perlu menghasilkan imej yang konsisten sebaik-baiknya dari kemudahan ke kemudahan, untuk mencari apa-apa kepincangan dalam bahan, serta mengelakkan kehadiran bendasing dalam image yang tiada dalam bahan asal. Monitor penyiaran tidak wajar melakukan apa jua kerja pasca pemprosesan seperti menskala naik, penggandaan baris dan apa-apa penambahbaikan imej seperti kontras dinamuk. Sungguhpun demikian, teknologi paparan berstruktur piksel tetap (cth. LCD, plasma) harus melakukan penskalaan imej apabila memaparkan isyarat SD kerana isyarat tersebut mengandungi piksel bukan segiempat sama padahal peranti paparan tersebut berpiksel segiempat[4]. Paparan LCD dan plasma memang merupakan paparan progresif yang perlu melakukan proses nyah selang seli pada isyarat berselang seli.